|
Disclaimer. ![]() Stalker. Credits. ![]() |
PASANGAN KITA IALAH ORANG YANG BERBEZA DENGAN KITA .....
Suami dan isteri mesti berbeza.. Bukan sahaja luaran, tetapi dalaman. Dengan perbezaan itulah kita membina perkongsian yang saling melengkapi. Pandai menguruskan perbezaan adalah satu seni dalam pengurusan rumah tangga ... :) Bukankah dengan warna yang berbeza, Allah "lukiskan" alam untuk manusia ?? Jika semuanya sama warna, sama rasa, sama bentuk ...... dunia akan menjadi satu tempat yang bosan untuk dihuni, Allah maha tahu tentang itu .. HARUS DIINGAT !! DUA ORANG YANG MELIHAT SATU PERKARA YANG SAMA TIDAK SEMESTINYA MEMPUNYAI GAMBARAN, IMEJ, FIKIRAN DAN PERASAAN YANG SAMA . Maka begitulah sewajarnya lukisan alam percintaan ataupun yang sudah berumah tangga.. Namun pastikan setiap perbezaan adalah perbezaan yang sama - THE SAME DIFFERENCES.. Bagaimana ye ? Begini, prinsip ataupun sistem nilai antara kita dan pasangan kita tidak boleh berbeza.. Ini mesti sama.. Tetapi cara atau pendekatan mereka menangani satu masalah, keadaan atau suasana boleh berbeza.. Sama dari segi pegangan, berbeza dari segi pendekatan - itulah maksud perbezaan yang sama.. -renung2kan- =) |